MasyaAllah Meninggal Secara Tiba-Tiba Depan Makam Nabi, Rupanya Ini Amalan Abang Bad Ketika Masih Hidup


Subhanallah, tiada apa lagi yang lebih membahagiakan apabila dijemput Ilahi di bulan Ramadan. Lebih membahagiakan ia berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan betul-betul di hadapan makam Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi, Madinah.

Maha Suci Allah. Kematiannya amat dicemburui seluruh umat Islam.Menurut Ustaz Jamal, salah seorang jemaah umrah dari Hulu Langat, arwah bersolat tahajjud di dalam bilik sehari sebelum kematiannya berlaku.

Arwah sempat minum satu gelas air masak dan turut memberikan segelas lagi kepada Ustaz Jamal.Arwah meninggal di hadapan Makam Nabi, Malam Jumaat dan 10 Malam terakhir Ramadan. Kematian yang amat dicemburui.

Arwah banyak berbuat bakti kepada golongan ulama dan kerana itulah cara kematiannya dimuliakan.

Selepas selasai minum, mereka menuju ke Masjid Nabawi, solat sunat Qabliah diikuti solat fardu Subuh dan solat jenazah. Arwah kemudiannya menuju masuk ke Makam Nabi Muhammmad SAW.

“Saya dan Wak Ramli di depan sedikit. Bad dan Ibrahim di belakang. Saya dah keluar tapi keduanya belum keluar lagi. Tunggu punya tunggu, Bad dan Ibrahim tak datang-datang. Kami gerak masuk ke masjid semula. Sampailah saya telefon dan dikatakan Bad tumbang depan Makam Rasulullah SAW.betul jatuh depan Makam Rasullullah, terus meninggal. Innalillahiwaninailahirojiun,” ujar Ustaz Jamal.

Amalan Abang Bad ketika hayatnya

Ustaz Jamal turut menambah, kerja arwah Abang Bad ini ialah beliau menjadi ‘runner’ membuat visa bagi pelajar-pelajar madrasah. Pagi ini beliau dijemput oleh Allah Rabbul Jeleel di depan kubur Nabi di Masjid Nabawi.

Amalan besar yang Badrul Munir dapat iaitu meninggal depan Makam Rasulullah adalah kerana dia banyak berkhidmat untuk Ulama, Madrasah, Masyaik. Semua mereka ini adalah waris Rasulullah.

Arwah dikebumikan di Jannatul Baqi di Madinah

Jadi Allah baginya satu kematian yang dicemburui oleh semua orang. Orang-orang Arab pun kata ini orang hebat, bukan calang-calang punya manusia. Semua doa dapat untuknya. Kami sedang aturkan solat jenazahnya dan pengkebumiannya di Janantul Baqi.